“Tak Salah Tapi Saya Pernah Tonton Pelakon Ni, Perlu Perbaiki Seni Lakonannya” – Ogy Ahmad Daud Nasihat Pelakon Impi Trofi Oscar

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Gempak, pelakon veteran terkenal, Fauziah Ahmad Daud menasihati mana-mana pelakon yang menyimpan cita-cita tinggi mahu memenangi Anugerah Akademi Hollywood atau lebih dikenali sebagai Oscar agar belajar untuk menjiwai watak dalam sesebuah karya dahulu.

Baiki lakonan sebelum simpan cita-cita tinggi

Kata Fauziah Ahmad Daud atau mesra dikenali sebagai, Kak Ogy, seseorang pelakon perlu memperbaiki seni lakonan sebelum menyimpan cita-cita tinggi.

Tidak salah jika kita berfikiran secara global tapi saya pernah menonton lakonan pelakon ini. Sebagai seorang kakak dan seniwati, pelakon itu perlu memperbaiki seni lakonannya. Kalau saya cakap lebih-lebih macam ni pun, pelakon itu mungkin tak faham.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)

Dalam pada itu, Kak Ogy turut menyaran pelakon berkenaan untuk menjiwai watak lebih mendalam bagi memantapkan lagi lakonannya.

Tak pandang rendah

Tapi ramai pelakon baru yang hanya melontarkan dialog tetapi tidak mampu memasuki ke dalam watak tersebut.

Namun begitu, pelakon veteran itu sama sekali tidak memandang rendah terhadap impian pelakon tersebut untuk memenangi trofi di anugerah berprestij itu.

Bahkan, turut menyokong dan mendorong pelakon itu untuk kekal berusaha dalam merealisasikan impian tersebut.

image is not available 1 day ago

"Tuhan Je Tahu Berapa Banyak Sayang Aku Dekat Dia.." - Menangis Cerita Tentang Isteri, Netizen Label Izzue Islam Lelaki 'Green Flag'