“Tak Salahkan Sesiapa, Tak Bitter & Meroyan” – Ayai Ilusi Tenang Jawab Soalan Wartawan, Dibandingkan Dengan Aishah

Music
23 Oct 2023 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Konsert kelima All Stars Gegar Vaganza (ASGV) malam semalam berakhir dengan Ayai Ilusi tersingkir selepas mendapat markah tercorot sebanyak 53 peratus.

Ayai yang menyanyikan lagu Pusara di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra difahamkan mempunyai masalah tempo selain nafas tidak mencukupi untuk membawakan lagu itu.

Selain itu, penyanyi berusia 61 tahun berkenaan turut akui mempunyai masalah dengan ear monitor apabila alat tersebut hampir terjatuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sementara itu, sidang media dengannya yang diadakan selepas konsert tersebut tamat mencuri perhatian warganet di Instagram yang memuji cara Ayai menjawab soalan.

Menerusi rakaman itu, Ayai dilihat tenang menjawab soalan wartawan dan ia membuatkan segelintir individu membandingkan caranya dengan peserta yang tersingkir minggu lalu, Aishah.

image is not available image is not available image is not available

image is not available

image is not available 6 days ago

"Saya Ni Generasi Lama.." - Aishah Tak Biasa Dengan 'Earpiece' Baru, Jadi Punca Nyanyi Lari Tempo Di ASGV