
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Selain kesesakan lalu lintas, antara perkara yang mahu dielakkan berlaku semasa berada di atas jalan raya adalah kemalangan. Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap pengguna mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pun begitu, ada juga segelintir pihak yang sengaja membahayakan diri dan nyawa semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada perlanggaran kereta.
Antara kes kadangkala didengari berlaku apabila ada individu yang sengaja melibatkan diri dalam kemalangan untuk menuntut insuran.
Wanita Terkejut Honda Jazz Tiba-tiba Sondol Kereta Ketika Lampu Merah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@teddywani99) apabila seorang wanita dikenali sebagai Wani berkongsi kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat sekitar kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Menerusi rakaman dashcam, kelihatan sebuah kereta jenis Honda Jazz sedang berhenti sementara menunggu lampu hijau menyala.
Namun lain pula yang berlaku apabila kereta itu secara tiba-tiba bergerak dengan perlahan dan kemudiannya merempuh kereta Wani yang sedang berhenti di laluan sama.
Tidak lama selepas itu, pemandu Jazz dilihat keluar dari kenderaan untuk berurusan bersama Wani dan suaminya.
Wanita Dakwa Pemandu Jazz Sengaja Langgar Kereta
Perkara yang membuatkan wanita tersebut berasa ragu-ragu adalah kerana pemandu Jazz berkenaan terus mencadangkan untuk membawa kereta ke bengkel miliknya.
Dakwa Wani, perlanggaran kereta itu seolah-olah disengajakan untuk mengaut keuntungan. Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa lori tunda (towing) sudah sampai ke sana dengan pantas meskipun insiden itu baru sahaja berlaku.
“Kereta ni nampak sangat saja langgar tiba-tiba tak sampai lima minit towing sampai. Bukannya kereta tak boleh jalan, nampak sangat nak makan duit. Bukannya nak selesaikan cara bayar, dia boleh pula cakap suruh pergi bengkel dia,” dakwanya.
Menurut wanita itu, dia telah pun membuat laporan polis. Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan bahawa pemilik Honda Jazz juga perlu mengemukakan laporan.
Dalam pada itu, pemandu terbabit dikatakan mengelak untuk membuat laporan tanpa membayar pampasan kepada Wani.
@teddywani99 hati2 sapa lalu jalan pantai dalam… kereta ni nampak sangat saja langgar tibe2 xsmpai 5 minit towing smpai… bukannya kereta xleh jalan… nampak sangat nak makan duit… bukannya nk settle cara bayar dy boleh plk cakap suruh pi bengkel dia… hati2 je guys kalau orang camni langgar … please pergi report je call je polis … lampu masih merah ye bukan hijau
♬ original sound – teddywani
Tonton video [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Kereta Yang Didakwa Sengaja Dilanggar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu Jazz yang didakwa sengaja melanggar kereta.
“Pernah kena juga macam ni. Biasa yang buat macam ni geng towing juga. Ada kereta yang dia tahu nak target. Sendiri buat kemalangan lepas tu kejap je geng dia sampai. Tak tahu dari mana, dah memang standby. Lepas tu suruh pergi report dekat balai. Minta bawa ke bengkel. Pandai diorang ni,” kata seorang netizen.
Malah seorang individu turut berkata kepada wanita itu untuk menuntut insuran dan bukannya membaiki kereta di bengkel si pemandu Jazz.
“Buat laporan, boleh submit tuntutan atas insuran dia. Dia tak ada hak nak paksa kita ikut ke bengkel dia,” ujar individu terbabit.
Sementara itu, warganet turut menasihati orang ramai untuk memasang dashcam bagi mengelakkan kes penipuan di atas jalan raya berlaku.







Baca Artikel Berkaitan: “Budaya Tuntut Insurance Semakin Menjadi” – Tular Individu Berlakon Terjatuh Di Jalan Raih Reaksi Negatif
Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Lelaki Tular Baring Di Tengah Jalan Di Ipoh
Baca Artikel Berkaitan: “Tiap Hari Ada Je Patah” – Penunggang Motosikal Selamba Langgar Palang Tol Undang Perhatian
Source:
