Tak Sampai Sebulan Cerai Talak Dua, Faisal Halim Dan Isteri Kembali Rujuk

LocalEntertainment
19 Dec 2025 • 10:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Cinta masih kuat! Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril disahkan kembali rujuk.

Memetik laporan mStar, rujuk dilakukan pada 9 Disember hanya selepas beberapa minggu mereka sah bercerai talak dua pada penghujung November lalu.

BACA: Faisal Halim Dan Isteri Sah Bercerai Talak Dua

Mahu berdamai demi anak dan rasa sayang masih ada

image is not available

Menurut peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, perkara itu memang sah dan proses permohonan rujuk akan dibuat di mahkamah dalam masa terdekat.

Akberdin turut menjelaskan bahawa Faisal dan Nur Syazwani memilih jalan berdamai kerana masih menyimpan rasa kasih sayang dan ingin membesarkan anak lelaki mereka bersama.

Saya tumpang gembira apabila Faisal memaklumkan dia sudah kembali bersama bekas isterinya. Selama ini pun dia sangat mencintai isteri dan anaknya. Kita doakan semoga rumah tangga mereka kekal bahagia.

Terdahulu, desas desus pasangan ini kembali bersama muncul selepas Faisal memuat naik gambar seorang wanita di Instagram.

Malah, video mesra mereka keluar bersama-sama turut tersebar menyebabkan status pasangan ini diperkatakan.

@mbuzzterhangat

FAISAL HALIM & ISTERI KEMBALI BERSAMA? Kemunculan video terbaharu Faisal Halim bersama isterinya mencetuskan tanda tanya netizen. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai status sebenar hubungan mereka. #melodotv3 #faisalHalim #cerai

♬ original sound – Trinity Optima Production – Trinity Optima Production

Akhirnya, memang sah Faisal Halim dan isteri dah rujuk. Semoga hubungan rumahtangga mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Pssttt! Kadang-kadang jalan hidup manusia memang penuh liku, dan kisah Faisal ini membuktikan bahawa perpisahan belum tentu penamat. Bila masih ada kasih dan keinginan untuk membina semula, peluang kedua boleh jadi lebih kuat daripada yang pertama. Semoga rujuk ini benar-benar membawa kebahagiaan buat mereka bertiga.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tak Sampai Sebulan Cerai Talak Dua, Faisal Halim Dan Isteri Kembali Rujuk appeared first on Oh! Media.