Sejak beberapa hari ni, rakyat Malaysia dilihat teruja dan tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke TRX Exchange Mall yang akhirnya dibuka.
Keunikan seni binaan yang boleh dikatakan seperti tidak berada di Malaysia itu menjadikan satu tarikan baru buat rakyat an pelancong luar negara berkunjung ke Kuala Lumpur.
Sejak itu juga tersebar video di TikTok menunjukkan ibu bapa bawa anak-anak berjalan sekitar TRX Outdoor Playground dan ada tu sampai basah kuyup sebab berpesta air pancut.
its new and free. best. lepas tu lapar masuk mall makan and sambung balik naik atas layan kids main-main sampai dorang letih. bawa extra baju if ada anak yg jenis pantang nampak air. anak sis dah besar so tak heran sangat hehe kids happy mummy and daddy pon happy #newplayground #trx #ruangceria #kualalumpur
Meriah memang meriah tapi pihak pengurusan bagi ke main semua ni?
Melihat keadaan seperti ini, ada juga yang terpanggi untuk mendapatkan kepastian daripada pihak pengurusan TRX Exchange Mall sama ada pengunjung dibenarkan untuk membiarkan anak-anak bermain air pancut dan semua kawasan.
Berdasarkan perkongsian wanita itu di aplikasi X, pihak pengurusan mengatakan buat masa ini tiada sebarang larangan dan penjaga perlu memberikan perhatian penuh terhadap anak-anak kecil ini.
Out of curiosity, I asked the management whether kids are allowed to play at the water fountain area and…
— ꜱᴜᴇᴀɴɴᴀᴊᴏᴇ 〄 (@sueannajoe_) December 3, 2023
… the answer is YES! It's part of their sensory water play area. So they specifically built that area for water play! https://t.co/5dI08wiXFE pic.twitter.com/2ZuFdvCCuS
Apapun, sekarang banyak benda dah rosak katanya selepas diserbu Sabtu dan Ahad hari tu, hurmm…
Bagaimanapun, hari ini satu lagi gambar viral dekat aplikasi X menunjukkan keadaan taman permainan interaktif air telah ditutup kerana berlaku kerosakan.
Rata-ratanya mempersoalkan sikap pengunjung terutamanya ibu bapa yang bawa anak-anak kerana tidak mempunyai common sense.
Tak sampai seminggu dibuka, permainan interaktif air di 'mall' Exchange TRX telah pun rosak dan terpaksa ditutup buat sementara.
— Skyscrapers MY (@SkyscrapersMY) December 4, 2023
Permainan tersebut memang dikhaskan untuk kanak² bermain air, tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi berendam atau berkubang… pic.twitter.com/CZGqPBDlAp
Kredit: Aplikasi X





