‘Tak sangka akan rasa kehadiran seorang ayah.’ Ibu Mawar Rashid temu jodoh kenalan lama dari istana Brunei

Entertainment
14 Mar 2024 • 8:57 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Mawar Rashid baru-baru ini menimbulkan tanda tanya susulan perkongsian foto ala pengantin di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Rupa-rupanya pemilik nama Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid itu bukanlah raja sehari dimaksudkan. Sebaliknya ibu beliau, Datin Marinee Abdullah yang selamat diijabkabulkan dengan lelaki dari Brunei yang merupakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana.

image is not available

Ujar Mawar, ibunya bertemu jodoh secara kebetulan selepas saling menyapa dengan Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar yang juga seorang kenalan lama.

“Mawar tak pernah sangka akan merasa kehadiran seorang ayah.

“Siapa sangka daripada kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ daripada posting perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan babah in that video :)),” kongsi Mawar.

image is not available

Di sebalik perasaan gembira pada hari bahagia bonda tercinta, Mawar meluahkan perasaan sedih kerana terpaksa berpisah kerana wanita itu bakal menetap di Brunei.

image is not available

Namun, ibu kepada Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya itu juga teruja menyambut kedatangan keluarga baharu dari sebelah bapa tirinya.

“It’s hard to accept yang mummy akan tinggal di Brunei but you deserve a happy life for the rest of your life.

“To my new family in Brunei, welcome to the family. Love you all endlessly,” kongsi Mawar.

image is not available

Sebelum ini, usahawan berusia 30 tahun itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet selepas memuat naik hantaran dengan jari berinai putih di Instagram.

Terdahulu, bapa kandung Mawar, Allahyarham Datuk Wan Abdul Rashid meningga dunia pada 2007.

image is not available

Beliau pernah berkongsi ibunya yang berdarah Thai berpindah ke Malaysia selepas berkahwin pada usia 24 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!