Tak Sangka Dapat Lihat Orang Utan Tepi Jalan Di Sarawak, Mat Salleh Merasa Bertuah

12 Sep 2022 • 4:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘I cant believe this happened today in Sarawak, Borneo’

Tak Sangka Dapat Lihat Orang Utan Tepi Jalan Di Sarawak, Mat Salleh Merasa Bertuah. Begitulah kata seorang pelancong asing yang tidak menyangka dirinya dapat lihat Orangutan depan matanya sendiri di Sarawak.

Seperti yang kita ketahui, orang utan merupakan haiwan yang termasuk dalam spesis yang dikhuatiri terancam dan ianya adalah spesis beruk terbesar yang hidup di atas pokok. Fakta menarik mengenai habitat orang utan ini adalah mereka kini hanya terdapat di hutan hujan Borneo dan Sumatera sahaja.

image is not available
Tak Sangka Dapat Lihat Orang Utan Tepi Jalan Di Sarawak, Mat Salleh Merasa Bertuah. Sumber: Tiktok @wheres.michael

Pengalaman yang sangat berharga bagi seorang pelancong asing

Orang utan adalah haiwan yang majestic, namun populasi mereka semakin menurun. Tidak seperti hidupan liar monyet, orang utan adalah haiwan yang amat susah untuk kita lihat di luar sana. Melainkan anda ke pusat pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan.

Seorang pelancong asing ini telah berkongsi pengalamannya bertemu dengan orang utan di tepi jalan di salah sebuah pusat pemuliharaan di Sarawak. Wahh sangat bertuah! Jarang-jarang kita dapat lihat orang utan depan mata apatah lagi yang tengah santai-santai di tepi jalan, kan?

Lihat video di bawah:

@wheres.michael

I cant believe this happened today in Sarawak, Borneo image is not availableimage is not available

♬ Jungle Sound for relaxing – Kopi Senja

image is not available
Sumber: Tiktok @wheres.michael

Video tersebut telah dikongsi di laman Tiktok milik @wheres.michael dan telah meraih sebanyak 74.6K kali tontonan. Menerusi video tersebut, Michael menyatakan bahawa dirinya ke pusat pemuliharaan tersebut untuk melihat memberi makan kepada orang utan.

Tidak sangka, dalam perjalanan untuk balik ke rumah, Michael terjumpa dengan ibu Orang Utan bersama anak kecilnya sedang duduk santai di sebuah pondok tepi jalan.

Ini pula reaksi netizen di ruangan komen

image is not available
Sumber: Tiktok @wheres.michael

image is not available
Sumber: Tiktok @wheres.michael

image is not available
Sumber: Tiktok @wheres.michael

Lagi tempat menarik di Sarawak! Anda kena tahu syurga tersembunyi di Sarawak yang ramai belum tahu. Baca pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/dikelilingi-alam-semulajadi-nikmati-percutian-tenang-di-serembu-eco-park-siniawan/