“Tak Sangka Jadi Tular,” Rosyam Nor Mohon Maaf

Entertainment
9 Jan 2024 • 7:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Tak Sangka Jadi Tular,” Rosyam Nor Mohon Maaf

Pelakon, Datuk Rosyam Nor, memohon maaf berhubung isu rumah pelacuran yang mendapat perhatian ramai sejak semalam.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram dan Facebook, Rosyam Nor berkata, dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular sehingga menimbulkan salah faham.

“Kecoh betul satu dua hari pasal isu rumah pelacuran yang kononnya saya buat kenyataan. Apa-apa hal, saya minta maaf dulu kerana tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar,” kata Datuk Rosyam Nor.

Menurutnya, video tersebut merupakan sedutan daripada perbincangan dalam satu podcast.

Dia juga meminta orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuat naik di laman TikTok Suhan Channel.

“Tapi sebenarnya itu adalah promo untuk program podcast di Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” ujar Datuk Rosyam Nor dalam video tersebut.

Sebelum ini, Rosyam Nor membuat satu kenyataan mengenai isu rumah pelacuran menerusi satu podcast di Tiktok miliknya dan mendapat pelbagai respon dari netizen.