Tak sangka ramai yang beli – Yusuf Bahrin

LocalFood
12 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tak sangka ramai yang beli – Yusuf Bahrin

PETALING JAYA: Selepas hampir empat bulan bercerai dengan bekas isteri, Zizi Kirana, pelakon Yusuf Bahrin kini membuka lembaran baharu dengan menceburi perniagaan makanan menjual popia bergedil.

Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata, dia bersyukur atas sokongan peminat dan dalam masa yang sama bersedia memperbaiki kualiti produknya demi memuaskan hati pelanggan.

“Alhamdulillah, dalam kesibukan penggambaran dan aktiviti perdagangan, saya cuba berniaga popia bergedil pula. Tak sangka ramai yang beli dan setakat ini maklum balas semua baik.

“Ada yang perlu ditambah baik sikit pada bahagian terlalu berminyak sahaja. InsyaAllah saya cuba perbaiki bahagian itu,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut menghargai sokongan padu yang tidak putus-putus diterima daripada orang ramai.

“Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua. Yang nak cuba tapi jauh itu, saya minta maaf sangat-sangat.

“Awak semua boleh sahaja beli daripada peniaga lain yang berdekatan dengan awak. Makanan mereka pun sedap juga,” katanya.

The post Tak sangka ramai yang beli – Yusuf Bahrin appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved