“Tak Sangka Sehebat Ni!” – Drama Perempuan Itu Kini ‘Trending’, Lakonan Mimi Lana & Siti Hariesa Dipuji ‘Mantap’

14 Jun 2023 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika sebelum ini drama terbitan Erma Fatima iaitu Perempuan Itu terpalit dengan kontroversi ‘panas’, namun kini drama berkenaan menjadi tumpuan sejak ia disiarkan pada 1 Jun lalu.

Dapat dilihat melalui platform TikTok, ramai pengguna berkongsikan beberapa klip pendek babak dalam drama tersebut, sekaligus memuji lakonan Mimi Lana sebagai Khalis dan Siti Hariesa sebagai Siera.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan respon pujian menyifatkan lakonan kedua-dua pelakon wanita tersebut sangat profesional serta berjaya memaparkan watak sebagai ‘isteri tersakiti’ dan ‘penyondol’.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Mimi Lana menerusi laman Instagram pernah berkata, biarpun drama Perempuan Itu pernah terpalit dengan kontroversi ‘panas’, tetapi banyak pengajaran tentang ilmu agama dan hak sebagai seorang wanita boleh diambil dalam drama tersebut.

image is not available 3 hari lalu

"Cakap Macam Kemam Rambutan!" - Drama Perempuan Itu Raih Populariti, Tapi Penonton Geram Dengan Zul Ariffin?

View Original Article