“Tak sangka Shukri Yahaya ambil watak macam ni” – Netizen

Entertainment
16 Jan 2024 • 5:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Shukri Yahaya menjadi bualan hangat di media sosial selepas babak dalam drama lakonannya memaparkan adegan yang kurang sesuai untuk ditonton.

Menerusi satu perkongsian di X, pengguna @twtbiy memuat naik potongan drama Layang-Layang Perkahwinan yang menampilkan Shukri sebagai Azim serta Alya Iman sebagai Tsuraya.

“Si bini suruh PA laki dia tolong tengokkan laki dia kat pejabat. Sekali PA tolong tengok sampai si Shukri Yahaya mandi,” tulis pengguna itu berhubung jalan cerita drama tersebut.

Babak tersebut memaparkan Azim sedang mandi sambil dilihat oleh pembantu peribadinya, Tsuraya yang hanya memakai baju tidur.

Tidak cukup dengan itu, Azim bertanya sekiranya Tsuraya sudah membersihkan diri sebelum memimpin wanita itu masuk dalam bilik mandi.

Tak sangka Shukri Yahaya ambil watak macam ni

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam adegan ‘dalam kain’ tersebut kerana ianya dilihat tidak sesuai dipaparkan kepada penonton

Kenapa drama Melayu sekarang takde batas?

image is not available

Banyak cerita ‘penyondol’

image is not available

Jijik!

image is not available

Tak payah tengok cerita ni

image is not available

Tidak kurang ramai juga yang menyuarakan kekecewaan terhadap aktor berusia 36 tahun itu kerana menjayakan watak ‘nakal’ atau kecurangan dalam rumah tangga.

Tak sangka Shukri Yahaya ambil watak macam ni

image is not available

Ingat Shukri tak berlakon watak macam ni

image is not available

Kecewa dengan Shukri…

image is not available

image is not available

Apa perasaan isteri dia tengok kan?

image is not available

Malah, terdapat juga individu mempersoalkan mengapa drama-drama yang berunsurkan kecurangan terus dihasilkan di negara ini sedangkan masih banyak cerita lain yang boleh dipertontonkan.

Memang budaya curang je ke kat Malaysia ni?

image is not available

Drama yang normalisasikan curang…

image is not available

Bila la drama Malaysia nak berubah?

image is not available

Selain Shukri dan Alya, drama arahan Eyra Rahman ini dibintangi oleh Ezzanie Jasny, Keith Foo, Arash Mohd, Nina Juren dan ramai lagi.

Layang-Layang Perkahwinan sudah mula ditayangkan di slot MegaDrama, Astro Ria bermula 8 Januari lalu yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Sumber: X @twtbiy

View Original Article