“Tak Sedar Diri Datang Negara Orang” – Viral Pak Arab Jual Kunafa Bertekak Dengan Pegawai DBKL Di Bukit Bintang

23 Aug 2023 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial mempamerkan pelanggan wanita berjoget sakan untuk mendapatkan manisan Arab di sebuah premis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah mengeluarkan kompaun dan menyita premis terletak di Bukit Bintang itu kerana beroperasi tanpa lesen yang sah.

image is not available 2 days ago

(VIDEO) "Ni Baru Umpan Dengan Khunafa.." - Viral Wanita Joget Tak Ingat Dunia Untuk Makanan Percuma, Restoran Arab Disita DBKL

Semalam, satu video tular menunjukkan dua pekerja kedai manisan itu tidak berpuas hati dan bertekak dengan pegawai DBKL di lokasi yang sama.

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika hari kejadian premis terbabit disita dan tindakan dua lelaki dipercayai berasal dari Arab itu mengundang kemarahan warganet.

Sempat gaduh-gaduh sebelum kena sita. Siap sekolahkan pasal undang-undang Malaysia ya dia.”

Tindakan staf kedai tersebut bertekak dengan pegawai tersebut membuatkan ramai berang dan melabelnya berlagak serta kurang ajar.

Malah, ramai individu berpendapat warganegara Arab yang berada di Malaysia ini mempunyai perangai yang degil dan sesuka hati sedangkan mereka pendatang.

image is not available image is not available image is not available