Tak Sedarkan Diri, Bayi Lima Bulan Meninggal Dunia Di Bawah Jagaan Pengasuh

LocalFamily & Parenting
10 Apr 2025 • 4:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri semasa berada di bawah jagaan seorang pengasuh wanita di sebuah taska di Kangkar Pulai, Johor Bahru, pada Rabu.

Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada pukul 4.24 petang pada hari yang sama.

image is not available

Foto: Majoriti

“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri selepas dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh, seorang wanita tempatan berumur 34 tahun.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah dekat Johor Bahru, Johor namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Bedah siasat telah dijalankan dan hasil awal menunjukkan tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh bayi. Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih dalam siasatan,” katanya hari ini.

image is not available

Foto: Majoriti

Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes ini disiasat sebagai mati mengejut (Sudden Death Syndrome – SDR), namun turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki ada unsur pengabaian atau penderaan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi terhadap kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan, pengasuh yang terlibat berisiko dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000, penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Majoriti (Adriana Mroon Ambrose)

View Original Article