Tak selesa berkemban, Siti Khadijah minta produksi sediakan kardigan

Entertainment
10 Jun 2026 • 2:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Siti Khadijah Halim mengakui kurang selesa untuk melakonkan babak berkemban dalam filem Khadam, sehingga meminta pihak produksi menyediakan kardigan khas bagi membantu menjaga penampilannya tanpa menjejaskan tuntutan watak.

Minta produksi sediakan kardigan

Image from: Tak selesa berkemban, Siti Khadijah minta produksi sediakan kardigan

Memetik laporan Berita Harian, menurut Siti Khadijah, 29, dia sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dengan pihak produksi jika terdapat babak atau pemilihan kostum yang dirasakan tidak selari dengan prinsip peribadinya.

“Memang ada babak berkemban dan mereka ada tanya saya sama ada okey atau tidak. Sudah tentu saya tak okey, jadi saya bertanya sama ada boleh tutup atau lapik dengan sesuatu.
“Kita juga mahu nampak realistik. Jadi apa yang mereka boleh buat adalah menyediakan kardigan khas untuk saya,” katanya, semalam.

Dalam masa sama, aktres itu berharap penonton dapat memahami keputusan yang diambilnya bagi mengekalkan keselesaan sewaktu menjayakan watak.

Image from: Tak selesa berkemban, Siti Khadijah minta produksi sediakan kardigan

“Saya harap bila netizen tengok filem ini nanti, mereka faham kenapa ada kardigan itu. Memang zaman dulu tak ada kardigan, tetapi ia diwujudkan bagi memenuhi keperluan penggambaran.
“Saya juga seorang yang menjaga penampilan dan tak pernah berlebih-lebihan. Jadi apabila ditawarkan babak berkemban, memang saya akan letakkan syarat tertentu,” jelasnya.

Siti Khadijah turut menjelaskan pendirian yang sama turut digunakan dalam mana-mana projek lain, khususnya jika melibatkan kostum yang dianggap terlalu mencolok mata.

Image from: Tak selesa berkemban, Siti Khadijah minta produksi sediakan kardigan

Artikel lain: Siti Khadijah berang foto disunting bersama Hot Daddy – “Saya nak saman!”

“Kalau ada kostum yang terlalu ketat atau seksi, saya akan minta supaya ditukar. Rasanya orang yang pernah bekerja dengan saya pun sudah tahu mengenai perkara itu.
“Tetapi kalau ia benar-benar tuntutan kerja atau watak, saya akan cuba berbincang. Bagi saya semua perkara boleh dibincangkan dan dicari jalan tengah,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Aina Balqis Ahmad Nizam)

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved