
Zarul Umbrella beri penerangan mengenai perletakan bagasi di dalam pesawat
Tak Semestinya Letak Beg Atas Kabin Tempat Duduk, Ini Penjelasan Pramugara. Baru-baru ini, satu rakaman video oleh bekas pramugara bernama Zarul Umbrella menjadi tular di media sosial. Dalam video tersebut, beliau memberi penerangan mengenai perletakan bagasi atau beg penumpang semasa dalam penerbangan.
Menurut Zarul, penumpang tidak semestinya meletakkan beg di tempat duduk yang sama dengan tempat duduk yang diduduki. Sebagai contoh, jika penumpang duduk di barisan kedua, mereka masih boleh meletakkan beg di barisan yang lain, seperti barisan ketiga atau keempat.

Masuk awal untuk letak beg berdekatan tempat duduk
Tambah beliau, jika penumpang mahu meletakkan beg betul-betul bersebelahan atau di atas tempat duduk mereka, maka dinasihatkan untuk masuk ke dalam kapal terbang lebih awal.
Ini bagi memastikan penumpang dapat memilih tempat meletakkan beg mengikut kehendak sendiri.
Penumpang yang masuk lewat mungkin tidak dapat memilih tempat meletakkan beg dan terpaksa meletakkan bagasi jauh dari tempat duduk asal. Oleh itu, masuk awal ke dalam kapal terbang amat disarankan.
Siapa ckp yg kat mana anda duduk, disitu sepatutnya beg korang kena letak #borakdalamgalley @QUE • @CK Faizal
Oleh itu, perkongsian Zarul ini membantu memberi kefahaman kepada penumpang bahawa mereka mempunyai fleksibiliti dalam meletakkan bagasi di dalam pesawat, asalkan mengikut peraturan syarikat penerbangan.
