“Tak Semua Orang Perlu Buat Podcast..” – Naim Daniel Tak Setuju SPM Tak Penting, Netizen Minta Kembalikan ‘Podcast’ Ilmiah

23 Jan 2024 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, telah tular sebuah video yang dipetik dari podcast yang dimuat naik mengulas tentang ujian SPM yang tidak penting dan tiada nilai dalam kehidupan. Ekoran itu, pelakon dan penyanyi Naim Daniel telah terpanggil untuk memberi pandangannya.

Tidak setuju

Menerusi sebuah hantaran di laman X, penyanyi ini dengan singkat menyatakan bukan semua layak membuat podcast dan mengulas isu-isu bukan berada di bidang mereka yang hanya akan menimbulkan kontroversi di kalangan orang ramai.

Kita perlu bersetuju yang, tak semua orang perlu buat podcast.

image is not available

Sumber : X  

Respon netizen

Ekoran itu, di ruangan komen hantaran tersebut ramai yang turut berasa gusar dengan pandangan yang tidak berlandas itu. Menurut majoriti, podcast sepatutnya mengulas topik-topik yang bermanfaat dengan tetamu yang berilmu dan layak memberi pandangan.

Podcast Malaysia sauk sampah-sampah jadi tetamu dan ‘tetamu’ ni acah sembang berat dan berfalsafah padahal hauk dan menjelikkan akal.

 

Dulu orang buat podcast untuk share benda ilmiah tapi sekarang ni makin lama topik podcast makin useless.

 

Aku ada bagitahu ana pasal ni, kalau ilmu tak cukup, jadi macamnilah nanti. Satu menyesatkan orang, dua merosakkan value podcast. Bahana media sosial, semua pakai langgar je, asal jana income jalan tapi isi takde. Rosak.

image is not available

Sumber : x  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Saya Join Group Sebab Nak Kaji" - Podcast Azri Walter Jadi Tumpuan, Dedah Kewujudan Akaun 'Dark Side' Cara Pelajar Cari Duit 'Tepi'