
Lincah menari di atas pentas bersama empat anggota kumpulan Dolla, seorang lelaki berjaya mendapat perhatian netizen di media sosial.
Nazrin Ibrahim, 24, mengakui dia meminati Dolla sejak tahun 2020 dan menghafal segala tarian kumpulan tersebut.
Menurut sumber, Nazrin juga tidak menafikan bahawa segelintir orang akan melontarkan kata-kata negatif terhadap bentuk badannya.
Sebelum ini kalau saya post video pun, banyak je orang yang kecam. Body shaming paling banyak.”
@nazrinibrahims Jadilah merasa dance dgn @dollaofficial @bbyqngels @syasya.rzl @sabronzoooo @babytabbypuff ?? #tourera #idolla #dollabad @era.je
Walau bagaimanapun, Nazrin tidak malu dan confident untuk menunjukkan bakatnya dan sempat menitipkan kata-kata semangat untuk orang di luar sana jangan pernah takut untuk mengetengahkan bakat sendiri.
Sebelum ini, Nazrin sering memuat naik dance cover di Instagram berkaitan dengan kumpulan itu dan di ‘repost‘ beberapa kali oleh Dolla.
Dalam pada itu, Nazrin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan itu kerana memberikan inspirasi kepadanya dan berharap agar Dolla dapat melebarkan sayap ke luar negara.
"Melampau Dah Ni"- Ahli Dolla, Sabronzo Dikritik Netizen Sebab Menari Gaya 'Twerk'
The post “Tak Semua Orang Suka Kita”- Dapat Jolokan Ahli Ke-5 Dolla, Lelaki Tak Kisah Kena Body Shaming first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

