Tak Sengaja Buat ‘Live’ Ketika Lakukan Hubungan Intim, Pengulas Sukan Mohon Maaf

WorldEntertainment
3 Oct 2024 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular seorang pengulas sukan, Shannon Sharpe secara tidak sengaja telah menyiarkan siaran langsung dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan seorang wanita.

Namun, siaran langsung tersebut tidaklah memaparkan dirinya sedang melakukan hubungan intim tersebut, sebaliknya hanya kedengaran bunyi aksi bersama temannya itu.

Pada mulanya, Shannon memberi kenyataan bahawa Instagramnya telah digodam. Namun, tidak lama kemudian, dia mengakui bahawa perbuatan itu adalah kesalahan darinya.

Saya tidak pernah buka fungsi IG live jadi saya tidak tahu bagaimana ia berfungsi.

Jelas sekali saya malu. Saya merupakan seseorang yang sangat peribadi dan kini mempunyai salah satu perkara yang paling intim didengari oleh dunia, saya malu kerana beberapa sebab.

Shannon telah tampil memohon maaf atas kesalahannya tersebut, dia mengakui bahawa perbuatannya itu telah membuat ramai pihak kecewa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Youtube