![Image from: “Tak Sengaja Sama Sekali” – Sebut Roti Canai Sebagai Roti ‘Kanai’, Peserta Masterchef AS, Jaime Tan Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/roti-kanai-Masterchef-US-musim-16-Jamie-Tan-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, peserta rancangan memasak terkenal global, Masterchef Amerika Syarikat (AS) musim ke-16, Jaime Tan yang mewakili Malaysia telah mendapat perhatian ramai selepas tersilap menyebut perkataan makanan tradisional dan kegemaran ramai iaitu Roti Canai sebagai ‘roti kanai’.
Jaime Sebut ‘Roti Kanai’ Ketika Perkenalkan Makanan Yang Akan Dimasak Kepada Juri Masterchef
Menerusi video perkongsian Masterchef, Jaime telah tersalah menyebut nama makanan itu sewaktu memperkenalkan makanan yang akan dimasaknya dalam masa satu jam kepada juri dan cef terkenal AS, Tiffany Derry.
Difahamkan, content creator masakan dan penstrim Twitch itu berdarah kacukan Malaysia-Amerika yang dilahirkan dan dibesarkan di New York, Amerika Syarikat.
“Saya buat roti ‘kanai’ dengan kari bersantan dari Malaysia, saya akan sediakan nasi dan juga jerukkan timun serta salad nenas. Kebiasaannya ia mengambil masa beberapa jam untuk sediakan.
“Untuk ‘cheat meals’, selalunya saya akan sediakan dalam masa satu jam dan ia kadangkala berhasil, jadi saya akan cuba yang terbaik untuk hari ini,” katanya dalam video tular itu.
View this post on Instagram
Roti Kanai ? – Netizen Malaysia
Sebutan ‘roti kanai’ itu kemudiannya telah mendapat perhatian ramai khususnya rakyat Malaysia yang menikmati makanan itu hampir setiap minggu di kedai makan mamak.
Malah ramai juga yang tidak dapat menerima makanan kegemaran ramai itu diperkenalkan dengan sebutan yang salah di mata dunia.
![Image from: “Tak Sengaja Sama Sekali” – Sebut Roti Canai Sebagai Roti ‘Kanai’, Peserta Masterchef AS, Jaime Tan Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/roti-kanai-1011x1024.jpeg)
![Image from: “Tak Sengaja Sama Sekali” – Sebut Roti Canai Sebagai Roti ‘Kanai’, Peserta Masterchef AS, Jaime Tan Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/roti-kanai-2-1024x473.jpeg)
Jaime Tampil Mohon Maaf, Akui Tersilap Sebut Roti Canai
Terbaharu, Jaime menerusi hantaran di akaun media sosialnya telah tampil memohon maaf atas kesilapannya tidak menyebut Roti Canai dengan betul di rancangan antarabangsa.
Jelasnya, dia berasa sedih kerana telah mengecewakan ramai penduduk Asia Tenggara kerana sebutan ‘roti kanai’ yang tular itu.
Saya minta maaf. Ia tidak disengajakan sama sekali. Saya tidak berniat untuk tersilap sebut hidangan kebangsaan dalam rancangan televisyen. Jadi, saya minta maaf. Ia adalah satu kesilapan dan sekarang saya tahu cara nak sebut Roti Canai. Saya tidak dibesarkan di Malaysia. Saya rakyat Malaysia-Amerika, dan tidak ramai rakyat Malaysia di sini (AS).
Ayah Berasal Johor, Atuk & Nenek Pernah Ada Kedai Kopitiam – Jaime
Jelasnya, datuk dan neneknya pernah membuka kedai kopitiam sebelum ini sekaligus membuatkan dirinya berasa kecewa kerana tersilap sebut Roti Canai.
“Ayah saya berasal dari Johor dan kedua-dua atuk dan nenek saya pernah mempunyai kedai kopitiam sebelum mereka meninggal dunia. Saya rasa ada pertalian yang kuat dengan Malaysia.
“Dapat mewakili Malaysia dalam rancangan tu sangat bermakna untuk saya, jadi sudah semestinya saya rasa kecewa dengan diri sendiri,” katanya.
@igumdrop I am sorry roti kanai incident
Tonton video penuh [DI SINI].
Jaime Cuba Yang Terbaik & Cara Peluang Untuk Serlahkan Makanan Malaysia
Meskipun dikritik kerana sebutan yang salah, namun Jaime menjelaskan bahawa dia telah mencuba yang terbaik untuk menyerlahkan makanan tradisi Malaysia di Masterchef AS.
“Tiada peluang terbaik untuk saya hasilkan makanan tu (Roti Canai selain di Masterchef). Saya betul-betul memikiran tentang peluang di mana saya boleh buat makanan Malaysia yang betul-betul sedap. Ada banyak makanan lazat di Malaysia, dan ia sentiasa menjadi impian saya untuk tunjukkan makanan tersebut,” ujar Jaime.
Tak Reti Sebut Roti Canai, Tapi Boleh Buka Durian Guna Tangan Macam Rakyat Malaysia – Jaime
Dia dalam masa berkata bahawa dia masih mempunyai ciri-ciri seperti rakyat Malaysia yang lain meskipun tidak dapat menyebut Roti Canai dengan sebaiknya seperti membuka Durian dengan tangan.
Walaupun saya tak dapat sebut Roti Canai dengan betul, tapi saya boleh buka Durian hanya menggunakan tangan. Dan saya rasa itu agak ‘Malaysian’. Jaime boleh.
Peserta Masterchef AS musim ke-16, Jaime Tan.
Jaime Menang Masterchef Challenge Dengan Menyediakan Hidangan Roti Canai
Apa yang menariknya, kesilapan menyebut Roti Canai itu tidak menjadi penghalang buat Jaime memenangi tempat pertama bagi cabaran Masterchef pada episod “World Cup Cookoff”!
Lebih membanggakan, dia mampu menambat hati ketiga-tiga juri termasuk Gordon Ramsay, Joe Bastianich dan Tiffany dengan roti canai yang disediakan dalam masa satu jam itu sahaja.

