“Tak serik-serik masuk balai” -Wanita dakwa turut pernah dikasari jurukamera viral

LocalEntertainment
10 Jan 2025 • 4:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita dakwa turut pernah dikasari

Seorang wanita dakwa turut pernah dikasari jurukamera viral selepas dipercayai memukul duo pereka fesyen disebabkan masalah peribadi.

Perkara itu dikongsikan di platfrom X apabila wanita terbabit membuat hantaran ulang di posting berkenaan berita tentang jurukamera terbabit.

image is not available

Wanita dakwa turut pernah dikasari, pelik jurukamera tu tak serik2

Dalam ciapan yang dibuat, wanita tersebut menyatakan bahawa jurukamera itu pernah memukulnya dan dia seakan tidak serik untuk berurusan dengan pihak berkuasa.

“Photographer tu pun pernah pukul saya, memang tak serik serik lagi masuk balai ek mamat ni,” tulisnya ringkas.

Wanita dakwa turut pernah dikasari, dedah jurukamera memang baran

Dia juga meminta netizen untuk tidak menganggap jurukamera tersebut baik kerana mendakwa individu terbabit memang seorang yang panas baran.

image is not available

Dipukul kerana isu lain

Wanita itu turut dilihat membalas beberapa komen dari netizen dengan menjelaskan bahawa dirinya dipukul disebabkan isu lain dan tiada kena mengena dengan kes hutang.

image is not available

Tak berhutang pun kena pukul

image is not available

Ada bukti baru percaya

Walau bagaimanapun, beberapa netizen meminta wanita itu menyertakan bukti sebelum mempercayai ciapan tersebut kerana boleh jadi ia sekadar mengeruhkan keadaan.

Ada juga yang tertanya-tanya sikap sebenar jurukamera tersebut memandangkan tindakan yang dilakukan terhadap dua pereka fesyen itu agar teruk.

image is not available

Terdahulu, seorang jurukamera bebas telah mengaku tidak bersalah memukul duo pereka fesyen terkenal, Razman Razmi sehingga mendatangkan kecederaan di muka.

Tertuduh Muhammad Imran Khairil, 30 membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad.

Sumber: X, Kosmo! (Nurulsham Shamsuddin)