“Tak Sesuai Langsung..” – Lagu BTS Sah Masuk ‘Bridegerton 3’, Tapi Kenapa Peminat Tak Puas Hati?

Music
14 May 2024 • 12:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siri terkenal Netflix iaitu “Bridgerton” akan kembali dengan musim ke-3 yang mengisahkan tentang kisah percintaan diantara Penelope Featherington dan Colin Bridgerton.

Satu perkara yang menjadikan “Bridgerton” unik ialah kerana ianya menampilkan pelbagai lagu-lagu pop terkenal dalam versi orkestra, dan buat musim kali ini, lagu BTS termasuk dalam senarai lagu yang dipilih.

Disebabkan ianya akan disiarkan lagi 2 hari, Netflix telah mengumumkan bahawa antara lagu yang akan didengari dalam bahagian 1 “Bridgerton 3” ialah lagu “Dynamite” nyanyian BTS.

Selepas hantaran itu dibuat, ianya langsung mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Meskipun ramai yang gembira, segelintir peminat berasakan bahawa lagu itu kurang sesuai untuk drama sejarah seperti “Bridgerton”. Mereka turut mencadangkan bahawa ianya lebih baik jika Netflix menggunakan lagu “Black Swan” berbanding “Dyanamite”.

Sementara itu, bahagian pertama bagi “Bridgerton 3” ini akan mula ditayangkan pada 16 Mei ini, manakala, bahagian 2 akan dikeluarkan pada 13 Jun.

Korang boleh bayangkan tak Colin dan Penelope menari lagu “Dyanamite”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article