'Tak setuju dengan saya tak apa, tapi jangan fitnah' - Anwar

Politics
9 Aug 2023 • 10:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (dua dari kiri) memperkenalkan calon-calon PRN, Osman (kiri), Ika Lisut (dua dari kanan) dan Rozi Mamat pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Manir dan Ceramah Jelajah Madani di Kampung Batu Hampar malam Rabu. - Foto: Bernama

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak kisah dengan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya, namun meminta agar dirinya tidak difitnah.

Anwar mengakui dirinya bukanlah "Tok Guru”, justeru jika ada sebarang kesalahan, beliau terbuka untuk ditegur secara baik.

"Kita boleh berbeza pendapat tapi jagalah adab. Sokong Pas, tak apalah jangan gaduh, saya tak benci dia, itu hak dia," katanya ketika menyampaikan ceramah pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Manir dan Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Manir dekat sini malam Rabu.

Katanya lagi, walaupun diuji dengan pelbagai kesulitan termasuk dipenjarakan, beliau tidak kisah dengan perkara yang sudah lepas itu dan memaafkan segalanya.

"Saya dalam hidup bukan senang, masuk keluar penjara hampir 11 tahun. Kena pukul setengah mati dalam lokap. Dimalu, diaib dan difitnah. Tapi saya kata takpa lah, saya maafkan.

"Kita kena tau fitnah tak boleh... Allah uji dah, jadi Perdana Menteri nak zalim nak sakau tak guna. Sebab tu saya tak ambil gaji sebab saya malu orang susah ramai, nak cari makan pun susah," katanya.

Dalam pada itu. Anwar berkata, pihaknya yakin bahawa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini akan memihak kepada gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan meminta rakyat memberi kerjasama sewajarnya kepada Kerajaan Perpaduan.

Pada majlis itu, Anwar turut memperkenalkan calon-calon PRN Terengganu bagi kerusi DUN Sura, Osman Omar (PH-PKR), DUN Manir, Ika Lisut (PH-PKR) dan DUN Telemong, Datuk Rozi Mamat (BN-UMNO). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved