“Tak Sokong Anak Bukan Tak Sayang, Namun Kebahagiaan Digugat Oleh Penyondol Kejam” – Datin Patimah

19 Mar 2024 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semua sedia maklum mengenai hubungan baik yang terjalin di antara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah dengan bekas menantu mereka iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu hantaran foto memaparkan Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah berbuka puasa bersama-sama dengan ibu bapa Puteri Sarah Liyana di sebuah hotel.

Difahamkan, aktres itu turut bersama-sama berbuka puasa dengan kedua anak, Syaikhul dan Sumayyah.

Kapsyen foto Datin Patimah curi tumpuan netizen

Turut mencuri tumpuan, kapsyen yang ditulis Datin Patimah dalam satu fotonya mengundang pelbagai respon orang ramai.

Assallam tidak sokong anak bukan berma’ana tidak sayang, kaseh sayang kami kpd Puteri Sarah adalah kerana dia menantu yg menjaga anak2 nya dgn baik sepanjang bersama Shamsul, namun kebahagian nya di gugat oleh penyondol kejam.

Terdahulu, perkahwinan yang dibina antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berakhir apabila mereka berdua bercerai pada Jun 2023 yang lalu.

Sebelum bercerai, Syamsul Yusof mendedahkan dia telah bernikah dengan anak pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar di Thailand.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Ampun Maaf Untuk Segala Kelemahan Salah & Silap" - Norman Hakim Mengalah, Dedah Tak Dapat Hubungi Abby Abadi