Tak Suka Bau Racun Rumpai? Ini Cara Mudah Matikan Rumput Guna Dua Bahan Je

Cooking
6 Jan 2023 • 12:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seperti yang diketahui ramai, racun rumpai memberikan kesan negatif kepada tubuh pengguna sekiranya menghidu bau klorin itu terlalu lama.

Tapi, kalau rumput dekat luar rumah tu dah panjang, susah juga bukan nak cabut setiap minggu? Jom, Oh! Media kali ini akan kongsikan satu petua mengenai cara matikan rumput tanpa menggunakan racun.

Bahan-bahan:

image is not available

  1. Cuka masakan
  2. Sabun cecair pencuci pinggan
  3. Alat penyembur

Kaedah membuat:

image is not available

  1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur
  2. Kemudian, campurkan 3 hingga 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.
  3. Goncang-goncang dan semburkan ia pada kawasan rumput liar secara menyeluruh.

Pastikan anda sembur hanya sekali. Dalam masa seminggu rumput akan bertukar warna menjadi coklat, kering dan mudah untuk dicabut. Semoga bermanfaat.

Kredit: Facebook Pertanian Satu Perniagaan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article