
Gara-gara tidak tahan bunyi bising, seorang wanita warga emas berusia 72 tahun didakwa bertindak mematikan mesin oksigen seorang pesakit lain sebanyak dua kali dalam kejadian di Mannheim, Jerman baru-baru ini, lapor CNN.
Sumber pejabat pendakwa raya berkata, pesakit warga emas terbabit bagaimanapun ditahan polis menerusi waran tangkap sebelum dibawa ke hadapan majistret dan hakim penyiasat Mahkamah Tempatan Mannheim untuk didakwa.
Menurut kenyataan, warga emas terbabit didakwa mematikan suis utama mesin oksigen berkenaan sebelum jam 8 malam hari kejadian selepas dikatakan berasa terganggu dengan bunyi yang dikeluarkannya.
“Walaupun suspek dimaklumkan oleh kakitangan hospital bahawa bekalan oksigen adalah mesin yang penting, namun dia tetap bertindak untuk mematikan alat itu semula kira-kira 9 malam pada hari yang sama,” maklum jurucakap polis.
Disebabkan itu, mangsa yang berusia 79 tahun berkenaan terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan semula untuk memastikan keadaannya kembali stabil dan difahamkan, dia masih menerima rawatan rapi.
Sementara itu suspek yang sudah ditahan dan didakwa di mahkamah dimasukkan ke ‘pusat pemulihan’ gara-gara tindakan yang dilakukannya, merujuk CNN.
Menurut laman web Cleveland Clinic, mesin oksigen digunakan untuk memastikan pesakit menerima oksigen yang mencukupi untuk sampai ke sel-sel di seluruh tubuh mereka.
Difahamkan oksigen boleh disalurkan menerusi dari pelbagai bahagian termasuk kanula hidung, topeng muka atau tiub trakeotomi.
Sumber: CNN
The post Tak Tahan Bunyi Bising, Warga Emas Matikan Mesin Oksigen Pesakit appeared first on Siakap Keli.


