Tak tahan diganggu kelibat nenek tua berambut panjang, majikan non-muslim minta bantuan Pusat Rawatan Islam

LocalEntertainment
2 Oct 2024 • 9:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Apabila berlaku gangguan mistik, kebiasaannya mangsa akan mencari bantuan daripada individu yang lebih arif dalam hal-hal spiritual atau keagamaan. Individu ini, yang sering kali dikenali sebagai bomoh, pawang, atau ustaz, akan menggunakan kaedah dan ritual tertentu mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk mengatasi gangguan tersebut.

Proses ini melibatkan doa, jampi, atau upacara tertentu yang dipercayai dapat mengusir atau menenangkan entiti yang mengganggu.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan satu kes yang diterima oleh Pusat Rawatan Nurzikir, di mana mereka dihubungi oleh pemilik kilang berbangsa Cina untuk membantu menghalau gangguan makhluk halus, nenek tua berambut panjang, di premisnya.

@pusatrawatannurzikirhq

boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada. syukur . selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain. #pusatrawatannurzikir #nurzikirhq #jin #ruqyah #perawat #fypシ #rawatanislam #jin #susuk #pembersihan #pagar #nenektua #malaysiaindonesia

♬ bunyi asal – pusatrawatannurzikirHQ – pusatrawatannurzikirHQ

“Bos kilang Cina panggil Team Nur Zikir untuk buat pembersihan dan pembakaran di tapak parking kereta di kilang miliknya. Mereka diganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu.

“Katanya sudah pelbagai cara dibuat untuk menghalau makhluk tersebut, namun kelibatnya masih ada,” katanya.

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan beberapa anggota Nur Zikir sedang melaungkan azan di setiap penjuru di ruang parkir tersebut.

“Syukur, selepas selesai tiada lagi gangguan tersebut dan seterusnya bos Cina itu meminta kami ‘memagar’ beberapa lagi kilangnya di lokasi lain,” ujarnya.

Video tersebut menarik perhatian ramai dan netizen tidak menyangka orang bukan Islam juga berminat menggunakan khidmat pakar perubatan Islam tempatan.

image is not available