Tak Tahan Kena ‘Bahan’, Haqiem Stopa Siap Menyorok Bawah Meja Elak Jumpa Peminat

15 Aug 2022 • 12:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pada Sabtu lalu, satu program RXZ Gathering Members 2022 telah diadakan dan difahamkan seramai 30,000 orang dari seluruh negara menghadiri program tersebut.

Bukan itu sahaja, pempengaruh TikTok terkenal, Haqiem Stopa turut hadir dan memeriahkan program yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak itu.

Haqiem Stopa ‘dibahan’ peminat

Kehadiran Haqiem Stopa yang hadir ke program RXZ Members itu mendapat perhatian para peminatnya yang begitu teruja untuk mengambil gambar serta beramah mesra bersama Ikon Permotoran itu.

@ryanraikal_ HAHAHAHAH mantap @Haqiem_stopa #stopa ♬ bunyi asal – Bro.max

Tular satu video dimuatnaik @ryanraikal_ di TikTok menunjukkan Haqiem Stopa ‘dibahan’ dengan nyanyian lagu rekaan kumpulan UBI di Muzikal Lawak Superstar 3 oleh seorang peminatnya.

Dapat dilihat Haqiem seakan tidak selesa selepas dibahan dengan lagu tersebut dan meminta pemuda yang merakamnya itu untuk tidak menyanyikan lagu itu dihadapannya.

Haqiem menyorok elak jumpa orang

Dalam pada itu, menerusi satu lagi video dimuatnaik pengguna bernama Abdullah Wahab di TikTok, dapat dilihat Haqiem sedang menyorok di bawah meja.

Difahamkan, tindakan tersebut dibuat adalah untuk mengelakkan dirinya daripada berhadapan dengan orang ramai yang akan menyanyikan lagu tersebut setiap kali berjumpa dengannya.

Dia pun manusia biasa

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa Haqiem Stopa juga sudah penat dibahan dengan lagu tersebut setiap kali bertemu peminatnya.

image is not available

image is not available

Kadang-kadang kesian juga tengok bila dia kena ‘bahan’ je selalu. Haqiem Stopa pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Kredit: TikTok ryanraikal | dollohnibos

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media