“Tak Tahan Lihat Visualnya..” – Han Hyojoo & Jo Insung Puji Wajah Satu Sama Lain

25 Aug 2023 • 6:23 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Seperti yang dijangkakan, “Moving” berjaya menjadi antara drama Korea yang paling popular di peringkat global kini.

Dalam sebuah temubual istimewa, teraju utamanya iaitu Han Hyo-joo dan Jo In-sung telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai watak mereka berdua. Antara soalan yang dijawab mereka ialah bagaimana watak Mi-hyun dan Doo-shik mula menyukai satu sama lain.

Jawab Jo In-sung,

Dari pertemuan pertama, saya terus jatuh cinta dengan awak. Tiada apa yang dapat melawan perasaan itu. Adakah itu sebab kita berjumpa?

Tambah Han Hyo-joo,

Tak tahan melihat visual Jo In-sung. Tiada alasan untuk mengelak dari melihat ketampanannya.

image is not available

Melihatkan kedua-dua pelakon itu memuji penampilan satu sama lain, rata-rata peminat meluahkan rasa seronok dengan keakraban keduanya.

Untuk pengetahuan, “Moving” ialah drama aksi adiwira mengenai remaja tinggal di masa hadapan yang terpaksa menyembunyikan kuasa luar biasa masing-masing selain kesukaran ibu bapa melindungi mereka dari menjadi ancaman agensi jahat.

Comel lah dorang~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.