Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan

23 Jul 2022 • 3:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Majikan tersebut mendera anaknya gara-gara sebab lambat makan, tak mahu makan dan kenyang.

Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan. Belum selesai kisah adik Bella dan Siti Bainun, muncul pula kes penderaan kanak-kanak yang baharu di negara ini. Kisah ini telah tular sejak beberapa hari yang lalu dan mula mendapat perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh salah seorang remaja berkenaan, @theaqil7 di laman TikTok, beliau memohon bantuan orang ramai untuk menularkan aksi kejam majikannya memukul seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Alia.

image is not available
Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan. Sumber: TikTok @theaqil7

Dipaksa makan makanan ‘portion’ orang dewasa hingga habis

Video tersebut turut memaparkan kanak-kanak berkenaan menangis kesakitan dengan makanan yang penuh di mulutnya tatkala majikannya masih menyuruhnya menelan makanan tersebut hingga habis.

@theaqil7

CHILD ABUSEimage is not available tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound – AQIEL – AQIEL

Menurut Aqil atau Muhd Daniel Aqil yang bekerja di rumah majikannya, mereka menyaksikan kejadian yang tidak menyenangkan itu hampir setiap hari dan tidak tahan dengan penderaan yang dibuat oleh majikannya. Jelasnya lagi, kanak-kanak tersebut bukanlah seorang yang nakal. Kanak-kanak bernama Alia itu juga hanya mendengar segala arahan dan tidak pernah meragam atau melompat-lompat di dalam rumah.

Namun, majikannya tergamak Alia hanya kerana kanak-kanak itu lambat makan dan sudah kenyang. Kalau dah kenyang, takkan nak paksa kan? Lebih-lebih lagi budak kecil.

“Sekarang dah pukul 2 kali sehari, cucuh puntung rokok, main pemetik api,” – Aqil

Lebih kesal, majikan Aqil bersama pasangannya telah mendera Alia siang dan malam, malah sanggup mencucuh puntung rokok ke pipi Alia. Jelas Aqil lagi, Alia merupakan anak kandung kepada bekas pembantu rumah majikannya.

Majikannya dikatakan pernah cuba ditularkan oleh pembantu rumah berkenaan namun diugut kerana tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di Malaysia.

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

Terpaksa berhati-hati dan rancang senyap-senyap rekod bukti sebelum lapor balai

Aqil dan rakan-rakannya bertindak merakam perbuatan majikannya secara senyap-senyap dan mengumpul segala bukti rakaman sebelum membuat laporan di IPD Kajang. Tindakan pantas sekumpulan remaja ini juga telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak malang itu daripada tangan durjana majikannya dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang.

Remaja berkenaan juga turut menjelaskan bahawa majikan serta pasangannya telah ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan pihak polis. Untuk rekod, majikan remaja ini mengambil Alia sebagai anak angkatnya sejak bulan Februari 2022.

Kumpulan remaja ini bekerja dengan majikannya sejak April 2022. Anda boleh mendengar penjelasan lanjut daripada Aqil dan rakan-rakan menerusi video yang tular berikut.

Susulan penahanan majikannya, Aqil beserta rakan-rakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu menularkan bukti perbuatan kejam majikannya kepada kanak-kanak malang yang tidak bersalah itu.

Tindakan pantas 5 sekawan ini terima pujian netizen

Tindakan pantas Aqil dan empat lagi rakannya menerima pujian daripada netizen. Disertakan dengan tanda pagar #justiceforalia, tindakan Aqil dan rakan-rakan menyelamatkan Alia daripada ibu angkatnya turut menerima perhatian dan ucapan terima kasih daripada figura terkenal tanah air.

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

image is not available
Sumber: TikTok @theaqil7

Semoga urusan keadilan untuk adik Alia dan 5 sekawan ini dipermudahkan. Tindakan berani dan bijak ini seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat di luar sana untuk membanteras kegiatan dera kanak-kanak yang kini semakin berleluasa.

Anda boleh mengikuti perkembangan kes #justiceforalia ini di laman TikTok @theaqil7 atau Instagram @theaqil7.

Lagi kisah penderaan dan jenayah melibatkan kanak-kanak di Malaysia: