“Tak Tahu Ada SOP” – Tayang Dapat Satu Plastik Kacang, Instafamous Akhirnya Minta Maaf

8 Sep 2022 • 11:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Instafamous Azhar Heri tampil memohon maaf selepas kecoh isu satu plastik kacang yang diterimanya daripada pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Menerusi hantaran itu, Azhar Heri yang mempunyai lebih 1.2juta pengikut di Instagram dan Twitter mengakui tidak tahu ada SOP yang tidak membenarkan kacang diberi berlebihan kepada penumpang.

Jelasnya lagi, kacang itu memang diberi secara percuma dan dia tidak meminta satu paket pun sepanjang perjalanan.

image is not available

Dia mengakui silap apabila memuat naik foto tersebut di media sosial, tujuannya hanyalah untuk menghargai pemberian orang kepadanya.

Saya faham ramai yang marah berkenaan isu kacang MAS. Ini adalah penjelasan saya. Saya ingin memberi sepenuh kerjasama dengan pihak MAS sendiri untuk mengenal pasti situasi sebenar pramugari tersebut.

Selain itu, influencer ini ingin mendapatkan kepastian mengenai kesahihan dakwaan pramugari MAS tersebut telah diambil tindakan dan dibuang kerja.

Kedua, berkenaan dengan statement yang mengatakan pramugari tersebut dibuang, saya cuba nak kenal pasti kesahihan statement ini terlebih dahulu sebelum ada lagi banyak salah faham dari semua pihak.

Apa-apa pun semoga Azfar Heri dan pempengaruh yang lain dapat menjadikan isu ini sebagai pengajaran. Kadang kala tak semua perkara kena ‘up’ di media sosial kan.

Kredit: Instagram Azfar Herisyam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.