Tak Tahu Hamil Anak Kembar, Wanita Syukur Allah Beri Hadiah Selepas Dua Kali Keguguran

LocalFamily & Parenting
22 Aug 2024 • 11:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Tahu Hamil Anak Kembar, Wanita Syukur Allah Beri Hadiah Selepas Dua Kali Keguguran

Bagi para pejuang ‘dua garis’, mendapat tahu tentang kehamilan adalah berita gembira yang tiada tara.

Kehamilan, yang merupakan anugerah daripada Allah SWT melalui rahim seorang wanita adalah impian yang dinantikan setiap pasangan.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali dengan nama Nurin telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya menerusi laman TikTok, @nurin.malek.

Menerusi perkongsian itu, Nurin menceritakan bahawa dia mengalami mabuk hamil (morning sickness) yang agak teruk.

Ini membuatkan Nurin memutuskan untuk pergi membuat pemeriksaan.

Dia bimbang dan ingin memastikan keadaan bayinya dengan membuat imbasan.

Apa yang mengejutkan Nurin adalah apabila doktor memaklumkan bahawa dirinya sedang hamil bayi kembar.

Nurin sangat terkejut kerana sebelumnya, imbasan ultrasound menunjukkan hanya ada seorang bayi dalam rahimnya.

Dia juga tidak menyangka bakal hamil anak kembar kerana sebelumnya, pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, dia merasa bersyukur atas kehadiran dua malaikat kecil yang kini berada dalam rahimnya itu.

Semoga para ibu yang hamil sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat, serta dipermudah segala urusan sepanjang perjalanan kehamilan.

Semoga juga setiap pasangan yang sedang menanti kehadiran cahaya mata tidak berputus asa.

Allah SWT akan memberikan apa yang terbaik pada waktu yang dirasakan-Nya tepat.

Sumber: Nurin Malek via TikTok