“Tak Tahu Kenapa Nama Shuib Je Naik” – Bekas Pekerja Dakwa Pengacara Terkenal Tak Bayar Gaji, Caruman Perkeso

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 1:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
perkeso

Di aplikasi X, tular satu dakwaan mengenai seorang pengacara terkenal yang didakwa gagal membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan gaji para pekerjanya selama beberapa bulan.

Sebagai bekas pekerja, dia mendakwa telah membuat aduan di pejabat buruh dan KWSP untuk menuntut haknya sebagai pekerja.

Perkeso tak bayar, gaji 2 – 3 bulan tertunggak

image is not available

Namun, setakat ini, tiada tindakan yang diambil bagi menyelesaikan isu yang dialaminya. Individu itu turut berkongsi kekecewaan apabila perkara sama pernah tular sebelum ini, tetapi masih tiada perubahan.

Aku tak tahu kenapa nama Shuib je naik sebab tak bayar Perkeso/KWSP. Just nak bagitahu Datuk pun sama. Malah ada gaji tertunggak dua tiga bulan. Aku bekas pekerja dia di stesen itu. Rancangan syok sendiri semuanya. Saya dah pernah buat laporan dekat pejabat buruh KWSP, tapi tak jalan. Dah pernah viral sebelum ini tapi tak menjadi.

Pendedahan ini nyata menimbulkan tanda tanya tentang kepentingan hak pekerja dan ketelusan dalam industri hiburan.

#OhmediaNasihat

Isu seperti gaji tertunggak dan ketidakpatuhan majikan terhadap caruman pekerja seperti KWSP dan PERKESO adalah perkara serius yang boleh menjejaskan masa depan pekerja.

Kepada majikan di luar sana, patuhi tanggungjawab yang telah ditetapkan undang-undang demi kesejahteraan semua pihak, manakala bagi pekerja, ketahui hak anda dan laporkan sebarang ketidakadilan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X