
Tak Tahu Sebab, Keluarga Rusia Ditinggalkan Pemandu Bot Pelancong Di Pattaya
Ditinggalkan tanpa sebab, sebuah keluarga warganegara Rusia terkandas di sebuah pulau di Pattaya, Thailand selepas pemandu bot pelancongan tidak pulang semula ke tempat pertemuan mereka pada petang Ahad.
Lapor The Thaiger, enam keluarga warga Rusia yang terdiri daripada empat orang dewasa dan dua kanak-kanak itu pada asalnya menyewa sebuah bot laju yang hanya dikenal pasti dengan simbol pokemon, Pikachu.
Kejadian terjadi apabila keluarga tersebut dibawa oleh bot pelancongan berkenaan ke Pattaya untuk melawat Koh Sak, di mana mereka dibenarkan berada di situ dari 11 pagi hingga 5 petang pada Ahad.
Namun setelah meninggalkan mereka, pengendali bot laju itu tidak pulang kembali seperti yang dipersetujui dan lebih teruk lagi, syarikat itu tidak menjawab panggilan telefon walaupun dihubungi berulang kali.
Situasi menjadi lebih genting apabila matahari mula terbenam dan langit bertukar senja dan gelap sehingga membuatkan keluarga tersebut ketakutan.
Bagaimanapun keluarga malang itu bernasib baik apabila seorang penduduk pulau perasan akan kehadiran mereka di sana dan menghubungi polis pelancong untuk meminta bantuan lanjut.
Kira-kira 8 malam, polis pelancong tiba di tempat tersebut bersama-sama dengan penyelamat marin.
Memetik laporan Pattaya News, pihak berkuasa membawa keluarga yang malang itu pulang dari pulau tersebut.
Leftenan Kolonel Polis Pichaya Khewpluang berkata kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini, bagaimanapun ia biasanya terjadi di Koh Larn di mana tempat itu mempunyai penginapan untuk bermalam.
Disebabkan itu, ia tidak menjadi isu apabila pelancong ditinggalkan di Koh Larn berbanding Koh Sak.
Pichaya berkata pegawai akan mengenal pasti pengendali bot laju dan memanggil mereka untuk pertuduhan undang-undang pada hari ini.
Beliau berkata kejadian itu menjejaskan pelancongan di Pattaya dengan teruk.
Untuk rekod, sejak September lepas pelancong Rusia tidak henti-henti melawat Thailand terutamanya Pattaya dan Phuket yang sentiasa menjadi destinasi percutian popular bagi warga negara itu.
Pada bulan Disember, Rusia membentuk kumpulan pelancong terbesar di Phuket dan pada November seramai 55,097 orang dilaporkan melancong di pantai itu.
Sumber: The Thaiger
BACA: Dua Tahun Terpisah, Lelaki Nekad Kayuh Bot Getah 2000km Dari Thailand Ke India Untuk Jumpa Isteri
The post Tak Tahu Sebab, Keluarga Rusia Ditinggalkan Pemandu Bot Pelancong Di Pulau appeared first on Siakap Keli.



![[VIDEO] Tuan Rumah Tak Sangka Penyewa Pengotor, Dinding Teruk & Habuk Kipas Tebal!](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)