Tak Tandatangan SD Sokong Muhyiddin Mahupun Anwar, Ismail Sabri Berpendapat BN Layak Jadi Pembangkang

Politics
22 Nov 2022 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa beliau tidak menandatangani surat akuan (SD) untuk menyatakan sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ahli Parlimen Bera itu berpendapat adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional (BN) berkhidmat sebagai pembangkang di Dewan Rakyat.

Dalam tangkap layar perbualan yang tular semalam, ia menunjukkan Datuk Seri tidak mahu menyertai mana-mana gabungan, sama ada PN atau Pakatan Harapan (PH).

image is not available

Untuk info, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan tergempar di Hotel Seri Pacific bagi mengadakan persetujuan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan menerusi gabungan dua parti itu.

Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut itu difahamkan menemui jalan buntu selepas tiada sebarang SD ditandatangani bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Difahamkan, wujudnya protes dari kalangan Ahli Parlimen gabungan itu sendiri yang menentang usaha dibuat beberapa pemimpin daripada BN.

Selain Ismail Sabri, pemimpin lain yang dikatakan turut menentang usaha menggabungkan BN dan PH adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Bendahari BN yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media