Tak terima ditegur, mak cik kedai makan ‘amuk’ lempar duit ke pelanggan

Entertainment
13 Sep 2023 • 10:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai azmaneffendie telah memuat naik video dimarahi seorang mak cik kedai makan dipercayai kerana tidak terima ditegur untuk lebih bersopan terhadap pelanggan.

Menurut pengguna X tersebut, dia dan beberapa orang rakan telah ke kedai makan berkenaan namun mendapat layanan yang kurang baik.

Mak cik kedai makan tak terima ditegur

Ujarnya, peniaga tersebut langsung tidak memberikan senyuman dan mengambil pesanan tidak bersungguh-sungguh sehingga memberi persepsi tidak enak kepada pelanggan.

image is not available

Mengamuk lempar duit

Tambahnya, selepas ditegur, mak cik berkenaan seakan mengamuk dengan bergegas ke meja pengguna X tersebut dan melemparkan duit baki sebagai tanda protes.

Menurut pengguna media sosial itu lagi, mak cik tersebut langsung tidak meminta maaf tetapi terus berkata kasar kepada mereka.

 

image is not available

Kronologi kejadian

Dia juga telah menceritakan kronologi bagaiamana kejadian tersebut boleh berlaku dan mengapa salah seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk menegur mak cik berkenaan.

Jelasnya lagi, peniaga itu juga telah cuba membaling selipar ke arah mereka termasuklah mengambil gambar bertujuan untuk menviralkan pelanggan.

image is not available

Banyak review tak best

Pengguna X itu turut menyertakan tangkapan layar beberapa google review berkenaan kedai makan tersebut yang dipercayai memang bermasalah dari segi layanan dan sikap peniaganya.

Kebanyakan mereka juga akui bahawa mak cik itu kerap membuat muka sehingga pelanggan yang datang kurang selesa.

image is not available

Memang tak ramah pun

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang pernah terkena dan akui bahawa sikap mak cik tersebut memang menjengkelkan.

image is not available

Memang azab makan kedai dia

image is not available

Berlagak macam buka restoran!

image is not available

Sumber: X azmaneffendie