“Tak Wajar Lagakan Dua Negara Sebab Aliff Aziz” – Adi Putra

30 Apr 2024 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebagai pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra merasakan rakyat tidak sewajarnya melagakan antara Malaysia dan Singapura hanya kerana kes curang Aliff Aziz.

Tak mahu ada kasta

Kata Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, hal tersebut perlu dielakkan agar tidak timbul sentimen kasta dalam penggiat seni tanah air.

Saya tidak mahu meletakkan satu sentimen kasta dalam industri. Sebagai pelakon saya juga enggan mencalarkan imej industri hiburan.

Bahkan, Adi turut sempat memberi contoh teladan yang dibawa oleh Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee yang menyatukan dua buah negara ini dalam industri hiburan.

Kalau kita imbas sejarah dan riwayat Tan Sri P. Ramlee, bermula dari Kota Singapura berbalik pada Studio Merdeka. Sama juga dua buah negara ini (Malaysia dan Singapura).

image is not available 2 days ago

"Aliff Aziz Be Gentlemen, Keluar! Kau 'Berak' Sana Sini, Lepas Tu Kau Blah?" - Erma Fatima