Takaful Malaysia terangi 14 rumah Orang Asli Kampung Ster

LocalEnvironment
20 Nov 2026 • 2:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Takaful Malaysia terangi 14 rumah Orang Asli Kampung Ster

PETALING JAYA- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) terus memperkukuh komitmen terhadap pemerkasaan komuniti dan pembangunan mampan menerusi pemasangan sistem solar di 14 kediaman Orang Asli yang tidak mempunyai akses bekalan elektrik di Kampung Ster, Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang.

Pemasangan itu dibuat menerusi Project Sinar: Kampung Solar Initiative yang merupakan sebuah inisiatif memperluas akses kepada tenaga bersih dan mampan untuk komuniti Orang Asli yang kurang mendapat kemudahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pihaknya percaya bahawa bekalan tenaga bersih dan boleh dipercayai penting dalam meningkatkan
kesejahteraan serta menyokong pembangunan komuniti.

“Melalui Project Sinar, kami berharap dapat
membantu komuniti Orang Asli setempat menikmati kemudahan tenaga yang lebih selamat dan mampan, sekali gus mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih selesa dan produktif,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, pemasangan sistem solar itu dijangka
menghasilkan penjimatan terkumpul sebanyak kira-kira RM64,800 bagi 14 isi rumah berkenaan.

“Project Sinar mencerminkan komitmen berterusan Takaful Malaysia untuk mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang positif melalui inisiatif yang menangani keperluan komuniti serta menyokong pembangunan mampan.

“Melalui inisiatif ini, kami berusaha memastikan komuniti di kawasan pedalaman turut menikmati manfaat pembangunan dan memperoleh akses kepada sistem tenaga yang selamat, bersih serta berdaya tahan,” tambahnya.

Untuk maklumat, inisiatif itu memberikan manfaat kepada kira-kira 70 penduduk komuniti Orang Asli Semai dengan menyediakan akses kepada tenaga yang bersih dan boleh dipercayai selain membantu meningkatkan kehidupan seharian serta memperkukuh daya tahan dan kesejahteraan komuniti.

Project Sinar telah dilaksanakan oleh Takaful Malaysia dengan kerjasama SOLS Foundation, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan wakil komuniti setempat.

Bagi menyokong penggunaan sistem solar
untuk jangka panjang, inisiatif ini turut merangkumi latihan asas kepada wakil komuniti mengenai penggunaan dan penyelenggaraan sistem tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Takaful Malaysia terangi 14 rumah Orang Asli Kampung Ster appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved