“Takde Guna Dah..” – Bukan Kerana Dibuli Ahli, Choa Dedah Sebab Sebenar Tinggalkan AOA

23 Feb 2024 • 2:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setelah sekian lama, Choa akhirnya mendedahkan sebab sebenar dia tiba-tiba meninggalkan kumpulan AOA pada 2017.

Baru-baru ini, Choa telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Lee Ji-hye, di mana wanita itu ada membuka kembali cerita ketika dia keluar dari AOA. Dia mendedahkan pada awalnya,

Sebenarnya, apabila meninggalkan kumpulan itu, saya masih mahu ingin menjadi sebahagian dari industri ini.

Jelasnya lagi,

Saya banyak memantau diri saya dan juga artis lain. Ketika itu, saya sering memantau persembahan oleh senior yang berbeza dan berfikir ‘Saya tidak akan menjadi sebagus mereka. Apa yang saya ada tidak akan sepadan dengan mereka’. Saya sentiasa membandingkan diri saya dengan sunbae.

image is not available

Sambung Choa lagi dengan menjelaskan sebabnya,

Jadi pada suatu hari, saya seperti ‘Jika saya tidak boleh menjadi yang terbaik walaupun saya berusaha keras, tidak ada gunanya kekal dalam industri ini. Saya hanya perlu keluar dan menikmati usia 20-an.’ Sebab itu saya tinggalkan AOA.

Apa-apa pun, Choa kena buat keputusan yang dapat membahagiakannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.