“Takde Hati Perut Ke!” – Anak Sulung 6 Sekeluarga Maut Diaju Soalan ‘Non-Stop’, Netizen Berang Dengan Wartawan

3 Sep 2023 • 6:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, berita mengenai kemalangan maut melibatkan enam ahli keluarga telah membuat ramai yang berasa sebak, lagi-lagi selepas mengetahui anak sulung terselamat kerana tidak menaiki kenderaan tersebut dan seorang lagi adiknya masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sememangnya kejadian ini membuatkan remaja berumur 19 tahun yang bernama Abdur Rahman berasa terkejut kerana tidak menyangka akan hilang ahli keluarga sekelip mata.

Video di TikTok memaparkan sesi temubual wartawan bersama Abdur Rahman yang jelas kelihatan menahan sebak tular di platform tersebut.

Dapat didengari dalam video tersebut, wartawan mengajukan soalan berkenaan pesanan terakhir yang disampaikan oleh arwah ibu kepadanya serta bertanya jika Abdur Rahman mempunyai perasaan pelik sebelum insiden berlaku.

Dengan soalan-soalan yang diajukan, kelihatan remaja terbabit cuba menahan sebak sebaik mungkin kerana tidak mahu menangis di hadapan kamera.

image is not available

image is not available

Susulan itu, ramai berpendapat wartawan tidak sepatutnya bertanya terlalu banyak soalan terhadap remaja yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga tercinta dan meminta agar cuba sedaya upaya untuk jaga perasaan keluarga mangsa.

image is not available 1 day ago

"Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata" - Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved