“Takdirkan Yang Terbaik Buat Puteri Sarah, Ampunkan Dosa Mereka Meruntuhkan Masjid” – Datin Patimah

Entertainment
18 Apr 2023 • 1:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hari ini, telah berlangsungnya prosiding lafaz cerai pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Namun, pengarah kontroversi itu membuat keputusan mengejut apabila tak jadi menceraikan isterinya.

Di Instagram, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail mendoakan semoga Allah SWT mentakdirkan yang terbaik untuk menantunya.

Beliau juga memohon Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka yang meruntuhkan masjid yang dibina anak menantunya itu.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik gambar cucunya Sumaiyyah yang dipercayai sedang demam. Tulisnya, Sumayyah yang berumur 5 tahun masih tak memahami mengapa bapanya tak tinggal bersama sementara abangnya, Syaikhul Islam dah biasa hidup dengan Mama sahaja.

Kredit: Instagram Datin Patimah Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.