Take-Two Mengambil-Alih Pembangun Disebalik Permainan Borderlands

TechnologyGamingDigital
28 Mar 2024 • 1:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Take-Two, salah satu syarikat gergasi permainan video yang membangunkan permainan dibawah studio seperti Rockstar Games (Grand Theft Auto) dan Zynga, hari ini mengumumkan akan mengambil-alih Gearbox daripada Embracer Group pada nilai $460 juta.

Dengan langkah ini, Gearbox akan menyertai Take-Two, dan meneruskan pembangunan permainan mereka. Antara permainan yang sedang dalam proses pembangunan dibawah firma berkenaan adalah permainan Borderlands baharu, selain permainan Homeworld.

Antara IP lain yang turut akan didapati oleh Take-Two dibawah pengambil-alihan ini adalah Duke Nukem, Brothers in Arms, Risk of Rain, dan beberapa lain.

Take-Two menyatakan Gearbox akan meneruskan operasi sebagai studio dibawah 2K. Pelbagai proses melibatkan pengambol-alihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam beberapa bulan lagi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved