Takiyuddin, jangan gopoh: Anwar

Politics
6 Dec 2022 • 10:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (tengah) mengimbas kad akses sejurus tiba bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan, pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan agar tidak terburu-buru mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau selaku Menteri Kewangan mempunyai segala fail dan maklumat.

Dia tidak baca (fakta laporan). Takiyuddin jangan gopoh," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Takiyuddin yang kesal dengan dakwaan mengaitkan dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang daripada syarikat perjudian.

Sehubungan itu, Pas menggesa Anwar mengemukakan bukti berhubung perkara tersebut.

Pada Isnin, Anwar memaklumkan beliau sebagai Menteri Kewangan memutuskan untuk membatalkan keputusan kekerapan 22 kali cabutan khas perjudian.

Keputusan itu sekali gus mengembalikan kekerapan cabutan khas perjudian kepada lapan kali setahun.