“Takkan Kawan Je..” – Jung Haein Bawa Ibu & Adik Untuk Pergi Bercuti Bersama Jung Somin Di Bali?

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 11:15 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, ramai yang semakin yakin tentang percintaan antara Jung Hae-in dan Jung So-min.

Terbaru pada 24 September, Jung Hae-in dan Jung So-min telah terbang ke Bali, Indonesia, untuk penggambaran majalah bersama.

Meskipun mereka ke sana atas tujuan kerja namun, ramai yang makin sangsi tentang hubungan sebenar kedua pelakon itu selepas melihat ibu dan adik Jung Hae-in yang turut ikut serta ke sana.

Malahan setibanya mereka di Bali, Jung Hae-in juga sepertinya meminta adik lelakinya untuk menjaga Jung So-min dari diserbu peminat, menguatkan lagi dakwaan tentang hubungan cinta pelakon “Love Next Door” itu.

Komen netizen,

  • Nampaknya, mereka memang betul selesa antara satu sama lain.
  • Takkan kawan je..
  • Lepas penggambaran, mesti diorang akan pergi bercuti bersama.
  • Sampai adiknya pun caring pada ‘kekasih’ abangnya.
  • Mata Jung Hae-in sentiasa pada Jung So-min.

Sebelum ini ketika ditanya tentang khabar angin percintaan bersama Jung So-min, Jung Hae-in menjawab bahawa dia tidak ingin memberi sebarang komen.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.