‘Takkan sia-siakan’ – ALPHA rai kemenangan AIM25 di pentas konsert sulung

EntertainmentMusic
27 Sep 2026 • 9:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Takkan sia-siakan’ – ALPHA rai kemenangan AIM25 di pentas konsert sulung

KUALA LUMPUR – Kegembiraan berganda buat kumpulan Alpha apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) ketika berlangsungnya konsert sulung mereka, The First Wave di Zepp Kuala Lumpur, semalam.

ALPHA mengungguli kategori  Artis Baru Terbaik menewaskan empat lagi saingan mereka iaitu Rezza Shah, Ary Husin, Qal-G dan Yusuf Kasim.

Khabar gembira itu diketahui ALPHA apabila peminat tiba-tiba menjerit memaklumkan kumpulan itu menang di AIM25.

Kesemua anggota ALPHA iaitu Ariel Fesol, Rizal Rasid, Daniel Sher, Araff, Izat, Ray-D dan Afiq Sky yang kelihatan terkejut kemudian dilihat melompat gembira.

Masing-masing mula sebak kerana tidak menyangka mereka diiktiraf di AIM25.

“Alhamdulillah. Allahuakbar! Allah maha besar. Ribuan terima kasih kepada AIM25 kerana mengangkat ALPHA dan memberi ALPHA peluang. Kami tak akan sia-siakan peluang ini.

“Kami ialah tujuh jiwa yang bersatu. Terima kasih kepada Alphanite. Anugerah ini adalah untuk kalian,” kata Ariel.

Lebih membanggakan, ALPHA turut memenangi anugerah bagi kategori Lagu Pop Terbaik menerusi P Ramlee Saloma.

Sebelum ini, lagu P Ramlee Saloma pernah menjadi topik hangat yang diperdebatkan netizen selepas gagal melangkah ke Separuh Akhir Muzik Muzik 40.

ALPHA ialah kumpulan M-pop lelaki yang dibentuk menerusi program popular Big Stage ALPHA di saluran Astro.

Membawa identiti muzik Malaysia yang versatil, ALPHA meneroka pelbagai genre termasuk balada, pop, rock, rap dan lagu berkonsepkan tarian.

Antara lagu popular mereka ialah Mona Lisa, P. Ramlee Saloma dan Gelato. –  KOSMO! ONLINE

The post ‘Takkan sia-siakan’ – ALPHA rai kemenangan AIM25 di pentas konsert sulung appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved