“Takkan Tayang Muka Je” – Lisa BP Sekali Lagi Teruk Dikecam Sebab Banyak ‘Miming’ Dari Nyanyi ‘Live’

WorldEntertainment
1 Oct 2024 • 12:24 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas persembahan di pentas ‘VMA’, Lisa BLACKPINK sekali lagi dikritik selepas tampil di festival ‘Global Citizen’.

Baru-baru ini, Lisa sekali lagi telah mencipta nama sebagai artis solo, selepas menjadi salah seorang artis utama yang membuat persembahan di ‘Global Citizen’.

Meskipun aura Lisa dipuji penonton namun, ramai rata-rata mempersoalkan vokal wanita itu kerana dia sepertinya lebih banyak ‘miming’ berbanding nyanyi secara langsung.

Malahan, muzik latar yang dimainkan juga jauh lebih kuat berbanding suaranya sendiri, menimbulkan kekecewaan dalam kalangan penonton.

Antara komen yang ditulis,

  • Hampir 10 tahun debut pun takkan nak ‘lipsync’ lagi kot.
  • Pergi lah jadi ahli BLACKPINK balik.
  • Lisa..tolong lah berlatih lebih banyak lagi untuk jadi penyanyi..
  • Takkanlah nak tayang muka cantik je Lisa.
  • Tengah duduk je pun takkan nak miming juga??

Alahai..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.