Taktik menyamar teman wanita gagal, 80 warga asing ditangkap

LocalPolitics
6 Mar 2025 • 8:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 80 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam Rabu. Foto Imigresen Selangor

image is not available
Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut. Foto Imigresen Selangor

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam Rabu.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairul Aminus Kamaruddin berkata, mereka terdiri daripada lima lelaki dan 75 wanita berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun dan merupakan warga Bangladesh, Laos, Thailand serta Vietnam.

"Mereka dipercayai bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan itu dan semasa soal siasat, ada yang cuba menyamar sebagai teman wanita kepada pengunjung pusat hiburan warga tempatan, namun taktik itu tidak berhasil,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

**media[3034758]**

Beliau berkata, Op Gegar bermula 10.30 malam itu dilaksanakan selepas risikan dilakukan selama dua minggu susulan aduan orang ramai mengenai kehadiran pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.

Kesemuanya dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut mengikut Seksen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. - Bernama