Takut bunyikan hon, trafik sesak kerana lembu

23 Jul 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Takut bunyikan hon, trafik sesak kerana lembu

JAKARTA – Tindakan kawanan lembu yang melintas dan ‘menguasai’ jalan utama di kawasan perindustri Cikarang, Indonesia menyebabkan lalu lintas di situ mengalami kesesakan, lapor agensi berita Lambe Turah.

Menerusi perkongsian tular oleh akaun Threads @indahkusuma_pratiwii, laluan terbabit terhenti selepas seekor lembu berkenaan bertindak baring di tengah jalan raya.

Insiden menyebabkan ratusan pengguna jalan raya, termasuk penunggang motosikal dan pemandu kereta tidak dapat meneruskan perjalanan. 

Tiada seorang pun pengguna dilihat berani membunyikan hon secara kuat atau mengusir haiwan tersebut.

“Hanya di Cikarang berlaku kesesakan akibat lembu melintas dan baring di tengah jalan tanpa ada yang berani mengusirnya. Jika melanggar haiwan ini, risikonya mungkin perlu membayar ganti rugi sehingga tujuh keturunan,” tulis pemilik akaun berkenaan. – AGENSI

The post Takut bunyikan hon, trafik sesak kerana lembu appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved