Takut Hilang Jawatan, Muhyiddin Tak Akan Dedah 115 Nama MP – Salleh Said

LocalPolitics
20 Aug 2024 • 12:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pemimpin UMNO Sabah yakin Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tak akan dedah 115 nama Ahli Parlimen (MP) yang didakwa menyokongnya kerana takut hilang jawatan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Adun Usuan Salleh Said Keruak berkata beliau yakin Muhyiddin tidak akan mendedahkan nama-nama itu walaupun dicabar oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Muhyiddin tak akan dedah 115 nama MP

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Menurutnya, Muhyiddin khuatir kehilangan kredibiliti sebagai pemimpin gabungan itu kerana ‘kenyataan fakta’ yang dibuat ketika PRK Nenggiri hanya andaiannya sendiri.

“Saya yakin Muhyiddin tidak akan dedah nama kesemua 115 Ahli Parlimen seperti mana yang dicabar oleh Puad Zarkashi. Ini adalah sebab beliau membuat andaian sendiri sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Salleh Said turut berkata Muhyiddin akan kehilangan jawatannya dalam PN dan diganti dengan pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan lebih bijak.

“Jika Muhyiddin cuba dedahkan nama 115 Ahli Parlimen tersebut, beliau akan hilang kredibiliti sebagai seorang pemimpin apabila sebilangan Ahli-ahli Parlimen tidak mahu mengesahkan.

“Maka pihak PN akan tolak beliau dari jawatan Pengerusi Perikatan Nasional untuk diganti dengan seorang pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan bijak,” ujarnya.

Pada Isnin, Puad mencabar Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh untuk mendedahkan senarai 115 Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk menjadi perdana menteri ke-10.

Sebelum ini, tular ucapan Muhyiddin yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

image is not available

Foto: Malay Mail

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah murka dengan kenyataan Muhyiddin yang disifatkan secara sengaja dan sinis memperlekehkan peranan Sultan Abdullah.

Baginda bertitiah Muhyiddin cuba memanipulasi fakta serta membawa naratif negatif seolah-olah Sultan Abdullah tidak berlaku adil semasa memilih perdana menteri ke-10.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain juga memaklumkan Muhyiddin dipanggil memberi keterangan susulan laporan terhadapnya termasuk dari Istana Pahang.

Sumber: Facebook Salleh Said Keruak