
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semakin hari, semakin banyak kejadian berbahaya melibatkan anak kecil dan juga anjing liar. Seperti pada Mac lalu, tular video seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang parah akibat digigit sekumpulan anjing di Langkawi.
Dalam insiden di Kampung Dede Sungai Menghulu itu, budak berkenaan mengalami kecederaan di kepala, badan dan kaki akibat digigit haiwan sebelum berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada berdekatan.
Difahamkan musibah itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain berhampiran rumahnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Klip CCTV Dedah Momen Kanak-kanak 4 Tahun Diserang Anjing Liar Di Langkawi
Banyak Anjing Liar Berkeliaran Di Pantai Tanjung Tuan, PD
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads (@serembanpages) menyaksikan suasana orang ramai sedang meluangkan masa bersama insan tersayang di Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Namun perkara yang mengundang perhatian apabila kelihatan kelibat sekumpulan anjing liar di pantai terbabit. Dakwa pengenali akaun Threads, ada juga anjing yang membahayakan keselamatan pengunjung di sana.
Dalam video berkenaan, kelihatan seekor anjing hitam sedang mengejar seorang anak kecil. Pun begitu, haiwan tersebut tidak melakukan apa-apa selepas itu dan hanya memerhatikan si kecil bermain di laut.
“Pengunjung nak datang berkelah pun rasa kurang senang dan tidak selesa. Minta tolong pihak berkuasa ambil tindakan segera. Jangan sampai ada kes kena gigit baru nak ambil tindakan,” dakwa pemilik akaun Threads.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Anjing Liar Di Pantai
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang situasi itu. Ada yang mendakwa anjing itu diabaikan oleh pemilik mereka.
“Sebenarnya anjing-anjing yang banyak berkeliaran di tempat awam ni asalnya adalah anjing bertuan. Golongan pemilik anjing ni sengaja lepaskan mereka apabila sudah tak berminat lagi untuk pelihara.
“Ini fakta. Kemudian anjing-anjing ni menjadi binatang terbiar mengganggu orang awam,” dakwa seorang lelaki.
Segelintir individu juga meluahkan bimbang kerana anjing liar berisiko membawa penyakit rabies.
Baca Artikel Berkaitan: Sarawak Catat Jangkitan Rabies Pertama 2025, Remaja Digigit Kucing Liar
Netizen juga menasihati orang ramai untuk menjaga kebersihan agar ia tidak mengundang lebih banyak anjing.
“Selalu kalau macam ni sebab ada yang bagi makan dekat situ atau (ada) sampah sisa makanan. Jadi tolong jaga kebersihan dan sampah-sampah bawa balik atau buang dalam tong sampah,” pesan seorang wanita.
Sementara itu, ada juga pengunjung pantai tersebut yang berkongsi pengalamannya berkelah di sana.
“Pernah datang sini bawa anak. Pantai dia dah okay dah. Tapi tu la banyak gila anjing liar. Nak healing pun jadi tak tenang,” kata seorang pengguna Threads.




Pelihara Haiwan Terbiar Jika Tak Setuju Dengan Pelaksanaan Pelupusan
Sesetengah berpendapat golongan pencinta haiwan perlu melakukan sesuatu tentang perkara ini jika tidak mahu haiwan itu dilupuskan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Hal ini kerana, sebelum ini Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta haiwan yang membantah kaedah pelupusan anjing liar di Negeri Sembilan untuk mengambil pendekatan lain bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu dengan adopsi.
Jelas Aminuddin, kumpulan terbabit tidak sepatutnya bertindak dengan mengadakan bantahan, sebaliknya membantu PBT melalui kaedah pengambilan dan pemeliharaan haiwan terbiar ini.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan dasar ini seperti mana dipersetujui majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 April lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Pencinta Haiwan Digesa Pelihara Jika Tak Mahu Anjing Liar Dilupus – Aminuddin Harun
Baca Artikel Berkaitan: Anjing Liar ‘Pecah Masuk’ Rumah Kejar Kucing, Ramai Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Budak Lelaki Patah Tangan Terlanggar Pagar Gara-gara Dikejar Anjing Liar
Source:



