(TAKZIAH) Hamdan Senario Meninggal Dunia

5 Jan 2024 • 1:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Hampir seminggu bertarung nyawa, pelawak Hamdan daripada kumpulan Senario menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.50 tengah hari tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor.

Perkara itu disahkan anak bongsu Allahyarham, Nur Natasya Umairah, 20, menerusi mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

image is not available

Sumber : Instagram  

Walau bagaimanapun, punca pemergian pelawak itu masih belum dapat diketahui secara rasmi setakat ini.

Terdahulu, Hamdan dilaporkan terpaksa ditidurkan di HSA, Johor Bahru pada 31 Disember setelah disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Selain jangkitan kuman dalam darah, doktor turut memaklumkan arwah mengalami lemah jantung dan paru-paru berair.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed dan empat orang cahaya mata. . – KOSMO ONLINE

Selain itu,kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

"Alhamdulillah Untuk Musibah.." - PU Azman Diperintah Bela Diri Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved